BILIK PENGINAPANSemua bilik penginapan di Hotel Sure Death berjumlah 18 ratus bilik dilengkapi dengan penghawa dingin tahap beku, TV hitam putih, katil klasik dan usang, tilam spring lori, ubat nyamuk, bilik air konsep kampung dan banyak lagi kelengkapan lain yang tak disediakan di hotel lain.
Bilik mempunyai pemandangan yang menarik seperti tanah perkuburan berasap, haiwan liar mengejar mangsa, jalan yang sering berlaku kemalangan maut dan pantai yang dihiasi sampah sarap dengan ombak bergulung.
CHECK-IN / CHECK-OUTSesuka hati.
MAKANAN DAN MINUMANRestoran Hotel Sure Death menyediakan makanan Melayu Deli, China Utara, India Selatan, Arab Jahiliah, Jawa Totok dan makanan Barat Daya dengan menu ala-ala fear factor. BBQ diatas bumbung juga boleh diaturkan atas permintaan.
Urusniaga bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disebelah timur.
HARGA BILIK (1 MALAM)Jenis bilik : Superior
Jumlah katil : 1 katil kembar siam
Harga : RM187.90++ (dengkuran akan dicaj)
Sarapan : 2 orang (kurus) 1 orang (boroi)
Jenis bilik : Family
Jumlah katil : 2 katil kembar tak seiras
Harga : RM287.90++ (kecuali keluarga kaki dengkur)
Sarapan : tak disediakan
TEMPAHAN DAN PERTANYAAN(Sila datang sendiri. Surat menyurat tidak akan dilayan.)
PROGRAM PAKEJHari PertamaKetibaan akan disambut oleh orang utan berpakaian sopan di lobi utama dengan menawan. Selepas dibawa ke bilik penginapan, anda akan dibiarkan terkurung selama beberapa jam didalam bilik untuk bertafakur. Solat hajat jika perlu kerana selepas itu anda akan dibawa menjelajah hutan yang didiami haiwan liar lagi ganas.
Hari Kedualawatan ke penempatan bunian dan jin yang terkenal dengan sifat pendendam terhadap manusia, snorkeling di persekitaran pulau yang didiami jerung - jerung jinak apabila kekenyangan dan melawat penempatan kaum kanibal dan melihat secara langsung bagaimana mereka memakan manusia.
Hari KetigaCheck-out sekiranya anda masih bernyawa.
(Pakej ini sangat sesuai kepada individu yang putus asa untuk meneruskan hidup)